SAINS SUKAN
   
  Sains Sukan
  Profail Webmaster
 






Berikut serba sedikit mengenai diri webmaster laman  web ini:

Nama          : SAIDOL MUNTOH
Asal              : Kg Hamad Bundu Tuhan, Ranau Sabah.


Latarbelakang pendidikan:

Dilahirkan pada tahun 1961 di Kapayan Kota Kinabalu dan mendapat pendidikan sekolah rendah di SRK Woodford Beaufort dan sekolah menengah di SM St Paul Beaufort serta memperolehi Diploma Perguruan di Institut Perguruan Guru Malaysia Kent ( sebelum ini Maktab Perguruan Kent ) Tuaran Sabah. Pada tahun 1995 mendapat tawaran daripada Pusat Sukan Universiti Malaya untuk mengikuti kursus Sarjana Muda Sains Sukan dan merupakan rakyat Malaysia yang pertama mendaftar kursus Sains Sukan peringkat ijazah pertama di Institusi Pengajian Tinggi tempatan Malaysia dan Asia Tenggara dan memperolehi ijazah pertama Bsc. Hon ( Sports Science ) Universiti Malaya. Pengarah Pusat Sukan Universiti Malaya yang pertama ketika itu ialah Prof. Emeritus Dr Khoo Kay Kim dan timbalan pengarah encik Megat Ahmad Kamaluddin Megat Daud ). Ditawarkan melanjutkan pendidikan ke peringkat Sarjana Pendidikan ( Sains Sukan ) oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris ( Dekan Fakulti Sains Sukan UPSI ketika itu: Prof. Dr. Shaharudin Abd. Aziz, Timbalan Dekan: Dr. Ahmad Hashim ) , Tanjung Malim pada bulan Disember 2006 dan bergraduat 15 bulan kemudiannya ( merupakan kumpulan pertama dari Sabah ).


Kini pensyarah Guru Akademik Sains Sukan Pra Universiti di SMK Putatan Sabah











Kembali ke Menu Utama







 
   
 
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free