SAINS SUKAN
   
  Sains Sukan
  Sains Sukan STPM
 

Pelajar STPM untuk subjek Sains Sukan pada masa ini belum dibekalkan buku teks sebagai rujukan seperti  yang terdapat dalam SPM. Walaubagaimanapun, guru-guru yang terlatih telah diberikan kursus di setiap negeri masing-masing untuk memberikan bahan-bahan mengikut Sukatan pelajaran STPM berasaskan yang telah dipersetujui bersama oleh panel penggubal matapelajaran Sains Sukan STPM yang dipengerusikan oleh Profesor Dr Jabar Johari dari Fakulti Sains Sukan Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak.

Terdapat dua kertas untuk subjek ini iaitu Sains Sukan Kertas 1 dan Sains Sukan Kertas 2.

Pelajar STPM untuk Kertas 1 dan Kertas 2 bolehlah merujuk nota pembentangan dalam post ini:
http://sainssukan.forumotion.com/sains-sukan-stpm-f28/

Diingatkan bahawa laman web http://sainssukan.forumotion.com/ bukanlah hakmilik dan bukan dibina oleh Sekolah Sukan Bukit Jalil.

Selain daripada nota-nota dalam link tersebut, terdapat juga buku teks Pengetahuan Sains Sukan Tg 4 dan Tg 5 yang merupakan asas kepada pembelajaran pelajar Tg 6 Rendah dan Tg 6 Atas.

Jika anda mempunyai masalah dalam pembelajaran anda, jangan segan bertanya dengan guru anda atau boleh bertanya dan berbincang dalam link yang saya sertakan tersebut. Mudah-mudahan ramai ahli yang boleh membantu. Tidak dapat dinafikan juga zaman ICT ini anda wajib meningkatkan diri anda dengan kebolehan menerokai ilmu dalam alam jalur lebar ini kerana terdapat banyak ilmu yang boleh anda terokai dan menjimatkan masa anda ke sana ke mari mencari bahan. Masalah utama yang setiap pelajar hadapi ialah tidak mempunyai kemudahan walaupun sebuah komputer di rumah. Jika ada, terdapat yang masih menggunakan di bawah Pentium 4 yang agak susah melayari internet. Jadi, biasanya sekolah yang menawarkan Tg 6 mempunyai makmal Pusat Akses di bawah pengawasan Penyelaras Bestari dan semua pelajar STPM dinasihatkan menggunakan kemudahan Pusat Akses sekolah yang memang disediakan untuk tujuan mencari bahan dalam internet. Ingat, jangan salahgunakan kemudahan yang disediakan kerana peluang anda di Tg 6 hanya sekali dan jika kecundang anda hanya akan menduduki sebagai calon persendirian. 

Ibubapa juga berperanan membantu anak-anak mereka menyediakan walau hanya satu unit komputer desktop di rumah sekurang-kurangnya Intel Core  2 Duo untuk memudahkan mereka membiasakan diri dengan alam ICT dan sebaiknya jika mampu melanggan Celcom Broadband Unlimited pakej kedua iaitu RM68 sebulan yang lebih menjimatkan berbanding yang menggunakan sambungan telefon rumah.

Jangan lupa, nota ringkas wajib disediakan seawal bulan pertama anda mengikuti sesi pembelajaran di peringkat Tg 6 Rendah untuk mengelakkan belajar saat akhir yang akan membebankan minda dan fizikal anda. Konsep 'Study SMART' wajib anda amalkan. Seperti yang saya katakan sebelum ini, belajar menghafalkan dan memahamai setiap konsep dalam Sukatan STPM seumpama anda belajar mengingati nombor kad pengenalan anda  dan lain-lain perkara yang telah anda kuasai. Mengapa lupa? Penyelesaiannya ialah belajarlah cara mengingati. Terdapat beberapa teknik mengingat yang anda wajib ketahui dan amalkanlah mana-mana yang anda fikirkan mudah.

Ini link yang boleh membantu teknik mengingat anda:

http://www.google.com.my/search?client=firefox-a&rls=org.mozilla%3Aen-US%3Aofficial&channel=s&hl=en&q=teknik+mengingat&meta=&btnG=Google+Search



 
   
 
=> Do you also want a homepage for free? Then click here! <=